Penyiasat upahan Los Angeles

Penyiasat upahan Los Angeles

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

 

NOVEL IQ karya Joe Ide mengisahkan tentang seorang penduduk di sebuah kejiranan paling bahaya di Los Angeles yang telah menggunakan kepandaian inteleknya untuk menyelesaikan jenayah-jenayah yang tidak diendahkan oleh Jabatan Polis Los Angeles (LAPD).

Di bahagian pantai timur, LAPD bergelut untuk berhadapan dengan kadar jenayah yang sangat tinggi di kejiranan tersebut. Kes pembunuhan dibiarkan tidak terungkai, kanak-kanak hilang tidak pernah ditemui, namun seseorang daripada penduduk di kejiranan tersebut telah secara sukarelah memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan segala kes-kes yang tidak dapat atau tidak mahu diselesaikan oleh pihak polis.

Dia dikenali sebagai IQ. Seorang yang suka menyendiri dan bekas pelajar sekolah tinggi yang telah dibuang daripada persekolahan. Dengan sikapnya yang lemah lembut telah menyembunyikan keteguhan jiwa yang tidak mudah pudar serta ketajaman akal fikirannya.

IQ mengenakan bayaran kepada para kliennya dengan apa-apa pun semampu mereka. Meskipun bayaran tersebut adalah berupa satu set roda kereta atau hanya sekadar kek buatan rumah sendiri.

Dalam satu kes, IQ terpaksa menerima kes seorang pelanggan yang membuat pembayaran yang lumayan. Kali ini, nyawa seorang penyanyi rap terkenal berada di dalam bahaya. Dalam menjalankan penyiasatannya, dia telah bertemu dengan seorang bekas isteri yang dipenuhi dendam kesumat, seorang kru gangster jalanan yang sangat berbahaya, seekor anjing bersaiz besar yang boleh menyerang bila-bila masa, dan seorang pembunuh upahan yang telah dikatakan sebagai paling gila di antara pembunuh upahan yang lain.

Semakin IQ menggali lebih dalam untuk mencari jawapan, semakin berbahaya kes itu lebih daripada apa yang telah disangkakannya.

Bagi mengikuti dengan lebih lanjut mengenai kisah penyiasatan menarik ini, sila dapatkan novel IQ karya Joe Idea ini.