Penyokong cetus pergaduhan

Penyokong cetus pergaduhan

MANCHESTER, 18 Mac (Agensi) – Polis terpaksa mengambil tindakan ketika perlawanan antara Manchester United dengan Liverpool dalam saingan Liga Europa, awal pagi tadi selepas pergaduhan tercetus membabitkan kedua-dua penyokong kelab berkenaan.

Menurut laporan awal, kerusi dibaling di bahagian atas tempat duduk East Stand, Old Trafford sebaik wisel penamat dibunyikan.

Wartawan dan penyokong melaporkan berlakunya pergaduhan termasuk tumbukan selepas United tewas 1-3 secara agregat pada pusingan 16 terbaik Liga Europa yang menyaksikan perlawanan kedua itu berakhir seri 1-1.

Polis kemudian mengesahkan berlaku pergaduhan fizikal antara penyokong United dengan Liverpool membabitkan kumpulan kecil mereka.

Aksi penyokong kedua buah pasukan tersebut di Old Trafford. – Reuters
Aksi penyokong kedua buah pasukan tersebut di Old Trafford. – Reuters

Bagaimanapun, pegawai dan marsyal yang bertugas berjaya meleraikan pergaduhan itu dengan pantas.

Polis dan pengurusan kelab United kini difahamkan bakal melakukan siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup bagi mencari penyokong yang terbabit dengan pergaduhan itu.

Sebaik tamat perlawanan antara United dengan Liverpool, polis sedar ada pergaduhan membabitkan kedua-dua penyokong pasukan berkenaan dalam kumpulan kecil.

“Polis dan marsyal meleraikan pergaduhan itu dan siasatan akan dijalankan bagi mencari individu yang terbabit,” kata jurucakap Polis Manchester.

ARTIKEL YANG SAMA