Penyokong Citizen protes harga tiket

Penyokong Citizen protes harga tiket

LONDON, 22 Mac – Penyokong Manchester City sedang menimbang menganjurkan protes selepas mengkritik harga tiket kelab itu bagi pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara bertemu kelab Perancis, Paris St Germain (PSG).

City mendakwa harga 60 pound bagi tiket paling mahal bagi perlawanan itu sebagai ‘adil bagi profil permainan’ dengan kerusi paling murah berharga 45 pound.

Begitupun, peningkatan besar-besaran harga tiket itu mencetus berang peminat kelab apabila perlawanan peringkat sebelum ini bertemu Dynamo Kiev, minggu lalu hanya berharga antara 30 hingga 40 pound.

Manakala harga tiket bagi peringkat kumpulan menentang Juventus, Sevilla dan Borussia Monchengladbach berharga sekitar 20 hingga 40 pound.

Kumpulan peminat dikenali 1894 Group mendakwa situasi itu mencetuskan kebingungan peminat sekali pun kelab itu berjaya menandatangani bintang Barcelona, Lionel Messi, tidak ramai peminat akan menyaksikan perlawanan jika harga tiket tidak realistik.

Pemain Manchester City, Raheem Sterling digantikan oleh Fernando selepas cedera semasa menentang Manchester United pada aksi liga di Stadium Etihad, 20 Mac lalu. – Reuters
Pemain Manchester City, Raheem Sterling digantikan oleh Fernando selepas cedera semasa menentang Manchester United pada aksi liga di Stadium Etihad, 20 Mac lalu. – Reuters

Kini, mereka ditanya sama ada untuk menganjurkan protes keluar dari stadium yang mengulangi taktik yang dibuat peminat Liverpool, bulan lalu yang berjaya membuatkan pemilik kelab itu membuat pusingan U.

“Kami memperoleh banyak maklum balas daripada peminat City yang mengatakan harga tiket bagi perlawanan PSG sudah melebihi batasan,” kata kenyataan daripada kumpulan itu.

“Kami ditanya untuk menganjurkan protes keluar daripada stadium dan cuba untuk mengubah keputusan kelab bagi harga tiket.

“Harga tiket terlalu mahal. Daripada pandangan kami walaupun kelab mendapatkan Messi, Pogba dan Neymar namun harga tiket terlalu tinggi, peminat tidak akan ke stadium.” – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA