Penyokong diminta berkelakuan baik

Penyokong diminta berkelakuan baik

UEFA-Euro-2016-Logo

PARIS, 14 Jun (AFP) – Jurulatih England, Roy Hodgson dan kapten pasukan, Wayne Rooney merayu agar para penyokong berkelakuan baik selepas pasukan itu bakal berdepan kemungkinan disingkirkan daripada Euro 2016 susulan insiden keganasan penyokong.

Mesej video itu disiarkan semalam, sehari selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memberi amaran kepada England dan Rusia berhubung risiko penyingkiran selepas kekecohan yang terjadi ketika perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan di Marseille, Sabtu lalu.

“Saya begitu bimbang terhadap amaran yang dikenakan ke atas pasukan ini,” kata Hodgson dalam video 30 saat itu.

England memberi maklum balas kepada permintaan UEFA untuk mengadakan deklarasi secara terbuka selepas Rusia turut menyeru penyokong mereka supaya menghormati pihak lawan dan penyokongnya.

Rusia akan beraksi menentang Slovakia di Lille yang terletak 30 kilometer daripada Lens yang menjadi lokasi perlawanan England dan Wales.

Hodgson juga turut menggesa para penyokong England supaya tidak lagi mencetuskan masalah.

ARTIKEL YANG SAMA