Penyokong IS terbunuh dalam pertempuran

Penyokong IS terbunuh dalam pertempuran

MANILA, 27 Nov (AFP) – Lapan ahli geng penjenayah yang mendakwa ada hubungan dengan militan IS telah dibunuh dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan pihak tentera di selatan Filipina, menurut pegawai hari ini.

Pertempuran yang berlangsung selama sejam itu berlaku kelmarin di Palimbang, sebuah bandar terpencil yang menjadi tempat tinggal minoriti Islam di negara yang kebanyakannya Katolik dan tempat kejadian konflik selama berdekad-dekad.

Penjahat itu berasal dari Ansar al-Khalifa, kumpulan kecil yang mengisytiharkan sokongannya kepada IS dalam satu video yang tersebar di Internet tahun lepas, jurucakap tentera serantau Mejar Filemon Tan berkata.

Pihak tentera berkata sokongan dari IS yang mengawal kebanyakan kawasan di Syria dan Iraq, di Filipina adalah terhad kepada penjahat-penjahat tempatan yang mendakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan itu.

Tentera Filipina ketika membuat rondaan di selatan Filipina. – Reuters
Tentera Filipina ketika membuat rondaan di selatan Filipina. – Reuters

Namun tiada bukti menunjukkan geng tersebut mendapat sokongan dari IS.

Kumpulan yang lebih besar Abu Sayyaf, pertubuhan pengganas yang disenaraikan oleh Amerika Syarikat yang memegang tebusan sekurang-kurangnya empat warga asing dan meminta berjuta-juta dolar sebagai wang tebusan, begitu juga berikrar mempunyai hubungan dengan IS.

Tan memberitahu AFP lima bendera hitam sama seperti yang digunakan oleh pejuang-pejuang IS telah ditemui daripada penjahat-penjahat itu selepas pertempuran.

Geng-geng penjenayah melakukan operasi penculikan bagi mendapat wang tebusan dan aktiviti-aktiviti peras ugut bersama kempen pemisah komunis di kawasan selatan yang bergolak.

ARTIKEL YANG SAMA