Penyokong neo-Nazi suspek pembunuh Cox

Penyokong neo-Nazi suspek pembunuh Cox

BIRSTALL, United Kingdom, 17 Jun (AFP) – Britain kini beransur pulih daripada kebingungan ekoran pembunuhan seorang ahli parlimen di sebuah jalan kampung, yang menghentikan kempen hangat seminggu sebelum referendum berhubung keanggotaan Kesatuan Eropah (EU).

Suspek pembunuh Ahli Parlimen Britain, Jo Cox, 41, dipercayai penyokong tegar kumpulan neo-Nazi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, menurut kumpulan hak asasi.

Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan menyatakan seorang lelaki yang dikenali media British sebagai, Thomas Mair, mempunyai sejarah yang panjang dengan nasionalisme kulit putih.

“Menurut rekod yang diperoleh pusat berkenaan, Mair adalah penyokong Perikatan Kebangsaan (NA) yang berdedikasi, kata pertubuhan yang pernah menjadi organisasi neo-Nazi utama di Amerika Syarikat, selama beberapa dekad,” kata kumpulan sokongan undang-undang itu di laman webnya.

Cox disahkan meninggal dunia pada tengah hari Khamis selepas ditembak dan ditikam di kawasannya, Batley dan Spen, di Yorkshire Barat.

Orang ramai berkumpul dan meletakkan bunga di dataran parlimen di London sebagai penghormatan kepada Jo Cox semalam. Cox meninggal dunia semalam selepas dikejutkan dengan serangan yang dipercayai dilakukan oleh penyokong tegar kumpulan neo-Nazi yang berpangkalan di Amerika Syarikat. – AFP
Orang ramai berkumpul dan meletakkan bunga di dataran parlimen di London sebagai penghormatan kepada Jo Cox semalam. Cox meninggal dunia semalam selepas dikejutkan dengan serangan yang dipercayai dilakukan oleh penyokong tegar kumpulan neo-Nazi yang berpangkalan di Amerika Syarikat. – AFP

Cox, seorang ibu dua anak ditembak tiga kali selain turut ditikam seorang lelaki berusia 50-an di bandar Birstall, kata saksi kepada BBC.

Seorang saksi, Hichem Ben Abdallah, memberitahu Press Association, wakil rakyat pembangkang itu ditembak dua kali termasuk di kepala.

Pemimpin Buruh, Jeremy Corbyn, berkata dalam Twitter, beliau amat terkejut dengan berita serangan ke atas Jo Cox.

Seluruh parti Buruh berdoa untuknya dan keluarga. Cox seorang ahli parlimen pembangkang, Parti Buruh yang terkenal dengan kempen mengenai hak pelarian, terbunuh dalam serangan pada siang hari Khamis di kawasan rumahnya di Yorkshire dekat utara England.

Polis berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif pembunuhan itu, yang menghentikan kempen seminggu sebelum pungutan suara Britain sama ada untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

ARTIKEL YANG SAMA