Penyokong peguam bergelut dengan polis

Penyokong peguam bergelut dengan polis

BEIJING, 14 Dis (AFP) – Salah seorang peguam hak asasi manusia terkenal China dibicarakan hari ini berhubung kritikannya yang dibuat secara dalam talian ke atas Parti Komunis yang memerintah, tatkala polis bergelut dengan para penyokong peguam itu serta kumpulan wartawan yang berkumpul di luar bangunan mahkamah.

Pu Zhiqiang, yang pernah mewakili mangsa kem buruh dan artis yang menentang kerajaan, Weiwei, diberkas setahun setengah yang lepas dalam gerakan seluruh negara ke atas penentang.

Jika sabit kesalahan beliau berdepan hukuman penjara maksimum lapan tahun atas dakwaan “menghasut kebencian etnik” dan “mencetuskan perbalahan dan memprovokasi masalah”, menurut peguamnya Mo Shaoping.

Mahkamah Perantara Rakyat Nombor Dua Beijing akan menimbang bukti – tujuh posting yang dibuat melalui mikroblog di antara 2011 dan 2014 – dalam perbicaraan hari ini, Mo memberitahu AFP sebelum ini.

Polis yang berkawal di bahagian luar bangunan mahkamah bertempur dengan para penyokong Pu dan pihak berkuasa memberkas sekurang-kurangnya tiga orang, menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.

Pegawai-pegawai dan anggota polis berpakaian biasa menolak dan berteriak ke arah seorang diplomat kanan Amerika Syarikat Dan Biers ketika beliau cuba membaca kenyataan mengutuk perbicaraan itu.

ARTIKEL YANG SAMA