Penyokong Perancis serang polis di Paris

Penyokong Perancis serang polis di Paris

PARIS, 8 Julai – Polis pencegah rusuhan terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan kumpulan penyokong di Champ Elysees selepas Perancis mara ke final Euro 2016, awal pagi tadi.

Polis rusuhan bertempur dengan kumpulan belia di Paris awal Jumaat selepas kelayakan Perancis untuk perlawanan akhir Euro 2016, kata seorang wartawan AFP.

Polis mengejar kumpulan remaja yang melontar mercun, botol, batu, dan pelbagai objek lain ke arah mereka dengan tong sampah turut dibakar.

“Kami di laman sendiri, kami di laman sendiri,” kata penyokong berkenaan kepada polis yang menggunakan van untuk menghalang laluan ke kawasan berkenaan.

Champ Elysees adalah destinasi pelancongan popular di Paris yang menampilkan Arc de Triomphe dan kawasan beli-belah sepanjang jalan raya.

Penyokong berkumpul di kawasan berkenaan selepas Perancis menewaskan Jerman 2-0 awal pagi tadi dengan sebahagiannya beredar selepas insiden berkenaan, tetapi sebahagian masih berlegar-legar di situ. – AFP