Penyokong percaya Celtic boleh tewaskan Barcelona

Penyokong percaya Celtic boleh tewaskan Barcelona

GLASGOW, 22 Nov – Brendan Rodgers mengatakan ia satu petanda sejauh mana Celtic telah berkembang musim ini apabila penyokong kelab itu percaya mereka mampu menewaskan Barcelona.

Ia satu kepercayaan yang kelihatan munasabah dua bulan lepas apabila mereka menyaksikan pasukan mereka dibelasah 7-0 di Camp Nou oleh gergasi Catalan itu.

Bagaimanapun, nilai positif di Celtic Park itu hasil daripada kempen tanpa tewas mereka dalam mempertahankan gelaran Liga Perdan Scotland dan tempat di final Piala Liga, yang telah memberikan mereka rasa tidak boleh ditewaskan dalam saingan domestik.

Perkembangan di Eropah diikuti oleh persembahan kental dalam keputusan seri 3-3 ke atas Manchester City dan seri 1-1 kepada Borussia Monchengladbach, meskipun keputusan-keputusan ini diapit dengan kekalahan 2-0 di tempat sendiri ke atas pasukan Jerman itu.

Meskipun cita-cita Celtic dalam Liga Juara-Juara telah terhapus dengan kelab tersebut kini hanya memungut dua mata di kedudukan terbawah Kumpulan C dari empat perlawanan mereka.

Bagaimanapun, mereka mengekalkan harapan untuk mengambil tempat ketiga dan tempat dalam saingan Liga Europa yang akan menjanjikan kelab itu sebelum Krismas.

Untuk mencapai matlamat tersebut, mereka perlu melakukan aksi seperti kunjungan Barcelona di tempat mereka pada Oktober 2012 apabila gergasi Glasgow itu menang 2-1 ke atas juara Sepanyol itu.

Dan bekas bos Liverpool Rodger berkata pasukannya perlu menunjukkan taring mereka untuk berpeluang mengulangi keputusan tersebut.

“Barca pernah mengalaminya sebelum ini, mereka tahu ia sukar,” ujar bos Celtic itu.

“Namun berharap apa yang kami bina di sini dalam jangka masa pendek adalah kami merupakan pasukan yang tidak akan menunggu lawan.

“Kami perlu agresif. Kami tahu mereka mempunyai pemain-pemain ternama, namun kami perlu mengatasi mereka dan melihat bagaimana mereka menangani apabila kami menekan mereka.

“Ia begitu hebat kami berasa kami boleh menang. Ia satu petanda sejauh mana laluan kelab ini.” – AFP