Penyokong rancang boikot Liverpool

Penyokong rancang boikot Liverpool

LONDON, 5 Feb – Penyokong Liverpool diminta keluar dari Anfield ketika perlawanan menentang Sunderland, esok sebagai tanda protes terhadap peningkatan harga baharu tiket kelab itu.

Kumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka ‘The Spion Kop 2906’ minta semua penyokong The Reds mempamerkan kekecewaan itu pada minit ke-77 perlawanan Liga Perdana itu.

Pada minggu ini, Liverpool mengumumkan struktur harga baharu tiket bagi musim 2016-17, yang menyaksikan harga tiket untuk tempat duduk utama menjadi mahal, meningkat dari 59 pound kepada 77 pound.

Struktur harga baharu itu juga akan menyaksikan peningkatan harga pas bermusim sebanyak 1,029 pound dengan harga paling rendah adalah 685 pound.

Dalam mesej yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter Spion Kop 1996 berkata, “Mari pastikan pemilik tahu ini tidak boleh diterima.

“Hanya 77 minit, tinggalkan tempat duduk anda dan beredar keluar.

Beritahu kenalan dan keluarga anda. Beritahu orang di sekeliling anda. Beritahu mengapa.

“Keluar pada 77 minit dan tunjukkan yang anda peduli. Sayangkan pasukan ini-benci harga itu. #WalkOutOn77.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA