Penyokong Rusia buat hal lagi

Penyokong Rusia buat hal lagi

LILLE, 16 Jun (AFP) – Meskipun tiada rusuhan berlaku seperti pertemuan dengan England Ahad lalu, namun satu lagi kejadian tidak diingini dapat dilihat ketika Rusia tewas mengejut ke atas Slovakia apabila penyokongnya membakar suar di Lille, malam tadi.

Insiden itu terjadi selepas skuad kendalian Leonid Slutsky meraih gol sagu hati hasil sumbangan Denis Glushakov, dengan asap daripada suar dapat dilihat di satu penjuru stadium.

Rusia sebelum ini berdepan kemungkinan akan disingkirkan daripada Euro 2016 oleh UEFA sekiranya penyokong mereka terus bertindak ganas selain mengenakan denda sebanyak 150,000 Euro kepada mereka.

Keganasan tercetus di Marseille Sabtu lalu apabila penyokong bergaduh antara satu sama lain di dalam Stade Velodrome selepas aksi England dengan Rusia yang berakhir dengan keputusan seri.

Penyokong Rusia membakar suar ketika perlawanan menentang Slovakia. - AFP
Penyokong Rusia membakar suar ketika perlawanan menentang Slovakia. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Penyokong dilihat bergaduh sebaik wisel penamat dibunyikan dengan penyokong Rusia mengoyakkan bendera England dan berlari ke arah tempat duduk lawan mereka itu, seminit selepas aksi sulung Kumpulan B itu berakhir dengan keputusan 1-1.

Ratusan penyokong England dikejar oleh samseng Rusia dan insiden yang berlanjutan selama 30 minit itu disifatkan sebagai malam mengecewakan buat bola sepak Inggeris.

Pergaduhan antara kedua-dua penyokong negara berkenaan berhenti seketika Marseille’s Old Port yang sebelum itu berlangsung selama tiga hari tetapi kembali tegang di dalam stadium.