Penyu besar Vietnam mati

Penyu besar Vietnam mati

HANOI, 20 Jan – Seekor penyu besar yang dihormati sebagai satu simbol perjuangan kemerdekaan Vietnam telah mati, kata media kerajaan, mencetuskan curahan kesedihan dan kebimbangan kematian memberikan petanda buruk kepada penyerahan kepimpinan komunis pada masa akan datang.

Reptilia itu, penyu swimhoe berkulit lembut, memegang peranan mitos di Vietnam, sebelum ini penyu pada umumnya jarang timbul, dengan penemuannya dianggap bertuah.

Sesetengah ahli sains percaya ia adalah satu daripada empat ekor penyu – lebih dikenali sebagai Yangtze softshell – yang wujud. Dua berada di China dan yang lainnya tinggal di tasik berlainan di Hanoi.

Ia ditemui mati di tasik Hoan Kiem di tengah Hanoi lewat semalam, kata akhbar Tuoi Tre.

Penyu itu, yang mempunyai berat kira-kira 200 kilogram, dikatakan berusia di antara 80 dan 100 tahun.

Gambar fail yang diambil pada 3 April 2011 menunjukkan penyu besar yang dianggap simbol suci ke-merdekaan, telah mati, menurut media kerajaan pada 20 Januari. - AFP
Gambar fail yang diambil pada 3 April 2011 menunjukkan penyu besar yang dianggap simbol suci ke-merdekaan, telah mati, menurut media kerajaan pada 20 Januari. – AFP

Kematiannya diratapi dalam blog dan media sosial bahasa Vietnam, dengan banyak amaran mengatakan ia merupakan petanda buruk untuk perubahan akan datang dalam Parti Komunis, yang memulakan kongres lima tahun sekali pada Khamis.

“Ia adalah berita buruk kepada kebanyakan orang di Hanoi,” kata akhbar Thanh Nien.

Pemerintah autoritarian Vietnam akan memilih seorang pemimpin parti baru, presiden dan perdana menteri pada kongres parti.

Dalam satu kisah yang diajar kepada semua kanak-kanak sekolah Vietnam, penyu suci Hoan Kiem adalah penjaga pedang ajaib Le Loi, pemimpin pemberontak abad ke-15 yang menumpaskan penceroboh China.

Walaupun sebuah negara ateis, ramai penduduk Vietnam percaya kepada kepercayaan karut.

“Saya rasa kosong. Anak saya, cucu saya hanya akan tahu penyu itu daripada legenda,” tulis pengulas online Duong Nguyen di laman VNExpress. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA