Penyu terancam Australia dilepaskan ke habitat asal

Penyu terancam Australia dilepaskan ke habitat asal

SYDNEY, 21 Jan – Seekor penyu terancam Australia yang ditemui terdampar ke pantai lebih dua tahun yang lalu telah sembuh dan dilepaskan ke habitatnya, menurut Melbourne Aquarium hari ini.

Penyu tempayan atau loggerhead, dinamakan Blair sempena tempat Blairgowrie di mana ia diselamatkan, mengalami keletihan, pemakanan tak seimbang dan beratnya hanya empat kilogram apabila di ditemui pada Disember 2013.

Kini penyu betina itu telah sembuh di akuarium dengan berat 25 kg apabila ia dilepaskan pada Selasa di Pulau Gabo, kira-kira 500km timur Melbourne, menurut kenyataan itu.

“Disebabkan program khas ini, ia menjalani diet dan penjagaan yang banyak dan disiap sediakan bagi sebarang ancaman yang bakal dihadapinya nanti,” kata Tereza Todd, seorang pengurus di akuarium itu.

Ia akan dipantau menggunakan tag GPS, yang boleh dikesan di www.turtlewatch.org.au. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA