Pep larang pemain Citizens makan pizza

Pep larang pemain Citizens makan pizza

SHENZHEN, China, 28 Julai – Pep Guardiola menafi menetapkan apa yang pemain Manchester City boleh makan atau tidak tetapi berkata tidak mempunyai berat badan yang berlebihan, selepas Gael Clichy mendakwa pengurus baru itu mengharamkan makanan ringan dan akan menyingkirkan mereka yang tembam.

Pemain Manchester City diberitahu untuk tidak mengambil makanan ringan tatkala pengurus baharu Pep Guardiola cuba untuk menjadikan pasukan itu juara Liga Perdana (PL) semula.

“Dia memutuskan untuk mengurangkan air jus dan, sudah pasti pizza pun sama,” kata pertahanan Gael Clichy yang dipetik dalam akhbar Britain. “Semua makanan berat tidak lagi dibenarkan.”

Sementara penyokong akan berharap langkah diet sebegini sebagai perkara normal, Clichy berkata: “Secara jujurnya, ia selalunya tidak begini. Saya tahu kerana saya sudah lama bermain bola sepak.”

Malah, Guardiola turut tidak menafikan cadangan bahawa pemain yang mempunyai berat berlebihan akan digantung daripada menyertai sesi latihan pasukan.

“Saya mahu pemain saya cergas dan untuk saya soal berat sangat penting,” kata Guardiola ketika ujian pra-musim di China. – AP