Peperiksaan radio amatur kini dibuka

Peperiksaan radio amatur kini dibuka

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jun – Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) mengumumkan bahawa Peperiksaan Bertulis Radio Amatur dan Peperiksaan Praktikal Radio Amatur bagi tahun ini akan diadakan pada bulan September depan.

Sehubungan itu, mereka yang berminat adalah dipelawa untuk mendaftarkan bagi peperiksaan tersebut. Bagi yang telah berdaftar bagi Lesen Stesen Radio Amatur, mereka boleh terus memohon dan membuat pembayaran tunai $10 untuk yuran peperiksaan. Tempoh bayaran dibuka mulai 15 Jun hingga 14 Julai ini di kaunter perkhidmatan AITI.

Maklumat lanjut berhubung peperiksaan tersebut boleh didapati dengan melayari laman sesawang AITI, www.aiti.gov.bn

ARTIKEL YANG SAMA