Peraduan Mewarna sempena Sambutan Jubli Emas Masjid

Peraduan Mewarna sempena Sambutan Jubli Emas Masjid

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 14 Okt – Bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, jawatankuasa takmir masjid berkenaan telah mengadakan Peraduan Mewarna bagi Kelas Al-Quran dan Muqaddam, yang berlangsung di masjid tersebut, pagi tadi.

Seramai 140 orang kanak-kanak kelas Al-Quran dan Muqaddam dari Masjid Hassanal Bolkiah dan Masjid Perpindahan Bukit Beruang telah mengikuti peraduan mewarna berkenaan.

Sebanyak empat kategori telah dibukakan iaitu lapan tahun ke bawah, 10 tahun ke bawah, 12 tahun ke bawah dan kategori terbuka.

Semasa peraduan mewarna dijalankan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, pagi kelmarin.
Semasa peraduan mewarna dijalankan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, pagi kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pegawai Masjid Daerah Tutong (Zon II), Haji Aidil Sufyan bin Haji Yassin.

Antara objektif peraduan ini diadakan adalah sebagai salah satu inisiatif untuk mengajak masyarakat untuk mengimarahkan masjid tanpa mengira usia serta menarik minat kanak-kanak untuk berkunjung ke masjid selain memperingati Jubli Emas 50 Tahun penubuhan masjid itu.

ARTIKEL YANG SAMA