Peraduan reka blok Indofood tarik 80 penyertaan

Peraduan reka blok Indofood tarik 80 penyertaan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Hua Ho Department Store, Manggis dan Hameed Aisyah Sdn Bhd muncul sebagai pemenang pertama peraduan mereka blok daripada produk Indofood Mi Goreng yang telah berlangsung dari April hingga Jun lalu.

Pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Dewan Banquet, Freshco Batu Satu, di sini, hari ini, Teguh Raya Department Store Sdn Bhd, Usaha Tasbih cawangan Kampung Kilanas dan Syarikat Premier-Link Trading diumumkan sebagai pemenang kedua.

Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh Sim Kim Huat Department Store cawangan Sengkurong, Soon Lee Mega Mart Gadong, Pasaraya Jafariya, Noorfatimah Sdn Bhd Mentiri dan Milimewah Department Store cawangan Berakas.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Indofood Malaysia, Cheong Hwa Seng dan Pengarah Aalia, Lo Eng Chang.

Wakil Hua Ho Department Store menerima sijil dan piala daripada Cheong Hwa Seng.
Wakil Hua Ho Department Store menerima sijil dan piala daripada Cheong Hwa Seng.
Gambar ramai para pemenang.
Gambar ramai para pemenang.

Tempat pertama membawa pulang hadiah berupa 500 karton Mi Goreng Indofood, tempat kedua 200 karton Mi Goreng Indofood, tempat ketiga menerima 50 karton Mi Goreng Indofood, masing-masing berserta sijil penyertaan dan piala.

Peraduan anjuran Syarikat Aliaa itu telah berjaya menarik 80 penyertaan daripada pasar raya-pasar raya dan kedai di negara ini dan daripada jumlah tersebut, 10 penyertaan memenangi tempat pertama hingga ketiga dan 30 lagi menerima hadiah sagu hati.

ARTIKEL YANG SAMA