Peraduan Seni Lukis bermula lagi

Peraduan Seni Lukis bermula lagi

Oleh Mariani Abu Bakar

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 tahun, ahli jawatankuasa sambutan perayaan mengadakan Peraduan Seni Lukis.

Sehubungan itu, mesyuarat mengenai peraduan berkenaan telah diadakan, kelmarin, yang dipengerusikan oleh Dato Paduka Haji Idris bin Haji Abas, selaku Pengerusi Jawatankuasa Peraduan Seni Lukis sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan.

Maklumat mengenai peraduan itu boleh diperolehi semasa Sambutan Hari Muzium dan Arkib Antarabangsa 2015, esok (4 Jun) di Airport Mall, atau Galeri Seni, Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan, Arkib Negara, Jalan Dewan Majlis.

Tarikh akhir menghantar penyertaan adalah pada 10 Ogos.

ARTIKEL YANG SAMA