Peraduan Skrip Drama Radio dapat sambutan

Peraduan Skrip Drama Radio dapat sambutan

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Dengan skrip drama bertajuk ‘Ku Ketuk Pintu Mu’, Awang Ali Yusuf bin Haji Damit yang dikenali dengan nama pena Tameng Putera telah menjuarai Peraduan Menulis Skrip Drama Radio bagi tahun 2014/2015.

Sementara itu, tempat kedua telah dimenangi oleh Haji Abdul Majid bin Haji Mahmud dengan tajuk drama ‘Indahnya Sabar’ dan skrip drama ‘Tiang’ karya Dayang Nurul Fairuz Attahera binti Haji Ali Yusof menduduki tempat ketiga.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Radio Televisyen Brunei, Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu, di majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah yang berlangsung di Studio A, Radio Televisyen Brunei (RTB), baru-baru ini.

Sambutan yang baik

Peraduan kali ini telah mendapat sambutan yang begitu baik daripada kalangan para penulis tanah air, yang mana sebanyak 18 skrip drama telah dipertandingkan dalam peringkat saringan, dan 11 skrip drama telah dipilih untuk menerima hadiah dan akan diterbitkan untuk siaran radio.

Penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengarah Radio Televisyen Brunei kepada pemenang tempat pertama Haji Ali Yusuf.
Penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengarah Radio Televisyen Brunei kepada pemenang tempat pertama Haji Ali Yusuf.

pgm3_150529_d

Tujuan peraduan

Penganjuran peraduan ini bertujuan untuk menambah khazanah kesusasteraan di perkhidmatan radio di samping melahirkan lebih ramai lagi penulis-penulis skrip yang berkaliber.

Peraduan yang dianjurkan untuk kali ke-8 itu berupaya melahirkan beberapa penulis berbakat dengan skrip yang bermutu. RTB turut menyatakan harapan agar dapat mengendalikan bengkel penulisan skrip seperti sebelumnya dalam membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti penulisan.

ARTIKEL YANG SAMA