Peraduan Tazk...

Peraduan Tazkirah bimbing belia dekati masjid

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Awang Muhd Nur Afiq Izzuddin bin Abdul Mujib Yahya dan Dayang Nur Diyanah binti Haji Morsidi, kedua-duanya wakil Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (PSBSOAS), muncul johan dalam Peraduan Tazkirah antara masjid-masjid di kawasan Zon 3A/3B anjuran Masjid PSBSOAS, Kampung Katimahar.

Penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang dan peserta telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Pegawai Hal Ehwal Masjid Ketua Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Jufflee bin Haji Mega.

Adapun tujuan peraduan yang disertai oleh seramai 20 orang belia dan beliawanis itu adalah bagi mendedahkan mereka untuk berani tampil menyampaikan tazkirah di hadapan khalayak ramai serta bagi mengelinga, memberi perhatian dan mendorong golongan belia ini agar aktif dalam pelbagai kegiatan yang bermanfaat.

Selain itu, ia juga akan dapat menghindarkan mereka daripada melakukan sebarang aktiviti sosial tidak berfaedah yang menjurus kepada perkara-perkara negatif dengan harapan peraduan tersebut akan dapat membimbing belia dan beliawanis sentiasa dekat dengan masjid.

Seramai 20 peserta peraduan tazkirah bergambar ramai bersama tetamu kehormat dan pegawai-pegawai masjid di Masjid PSBSOAS, Kampung Katimahar.
Seramai 20 peserta peraduan tazkirah bergambar ramai bersama tetamu kehormat dan pegawai-pegawai masjid di Masjid PSBSOAS, Kampung Katimahar.

ARTIKEL YANG SAMA