Peraduan UEFA EURO 2016 dapat sambutan hangat

Peraduan UEFA EURO 2016 dapat sambutan hangat

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Peraduan teka empat pasukan separuh akhir dalam perlawanan UEFA EURO 2016 mendapat sambutan di luar jangkaan pada hari terakhir penghantarannya hari ini apabila orang ramai berpusu-pusu ke Ibu Pejabat Brunei Press Sdn Bhd untuk menghantar penyertaan mereka sebelum ditutup penyertaan pada pukul 4:30 petang. Peserta yang berjaya menjawab dengan betul akan diundi dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu sebuah kereta Hyundai Creta dan hadiah-hadiah lain termasuk baucer McDonald’s dan cenderahati daripada Hyundai. Peraduan ini dianjurkan oleh Media Permata dan Borneo Bulletin yang ditaja oleh Hyundai sebagai penaja utama dan McDonald’s sebagai penaja bersama.

Warga Brunei Press Sdn Bhd menerima kemasukan penyertaan peraduan yang dihantar pada hari terakhir.
Warga Brunei Press Sdn Bhd menerima kemasukan penyertaan peraduan yang dihantar pada hari terakhir.
Orang ramai masih berpusu-pusu ke bangunan Brunei Press Sdn Bhd untuk menghantar borang penyertaan peraduan teka empat pasukan separuh akhir dalam perlawanan UEFA EURO 2016.
Orang ramai masih berpusu-pusu ke bangunan Brunei Press Sdn Bhd untuk menghantar borang penyertaan peraduan teka empat pasukan separuh akhir dalam perlawanan UEFA EURO 2016.

ARTIKEL YANG SAMA