Perahu karam di Belaga, lima selamat empat hilang

Perahu karam di Belaga, lima selamat empat hilang

SIBU, 23 Dis (Bernama) – Lima terselamat manakala empat lagi masih hilang selepas perahu panjang yang dinaiki mereka karam di Long Buyun di Daerah Belaga lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Belaga DSP Melay Tingom yang dihubungi berkata mereka yang terselamat ialah seorang lelaki Liam Kelilit, 50, dan empat perempuan iaitu Bungan Nyaleng, 50; Agnes Liam, 33; Olivia Ploma Thomas, 8; dan Ayu, 4.

Kesemua yang masih hilang adalah perempuan iaitu Sumitasen Thomas, 15; Adriana Rosnah, 12; Sahirza Mahir, 31; dan Nur Amrisha, 4.

Melay berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat diketuai Sub Inspektor Yusup Naraue dengan bantuan penduduk kampung.

Polis turut memohon bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu serta Jabatan Pertahanan Awam Bintulu.