Perak bakal l...

Perak bakal laksana Sistem Perkongsian Basikal

IPOH, 19 Mei (Bernama) – Perak dipilih sebagai negeri pertama untuk pelaksanaan Sistem Perkongsian Basikal hujung tahun ini dikenali sebagai ‘M Bike’ yang merupakan satu cara untuk menangani masalah kesesakan lalulintas.

Pengarah M Bike Malaysia, Camees Foong berkata menerusi sistem itu, seseorang boleh menyewa basikal untuk tempoh tertentu ke destinasi tertentu dan kemudiaan mengembalikannya di stesen disediakan bagi digunakan oleh orang lain.