Peralatan judi bernilai lebih RM2.7 juta dilupuskan

Peralatan judi bernilai lebih RM2.7 juta dilupuskan

TAWAU, 26 Sept – Polis Tawau hari ini melupuskan peralatan perjudian bernilai lebih RM2.7 juta yang dirampas antara 1999 hingga 2014 setelah ia melalui proses perbicaraan mahkamah.

Ketua Polis Daerah ACP Fadil Marsus berkata peralatan yang dimusnahkan adalah 321 mesin slot, 903 set komputer, 15 meja dan 407 kerusi.

Beliau berkata kes tertinggi dicatatkan pada 2013 yang melibatkan 31 kesperjudian diikuti 2012 dengan 25 kes manakala 2011hanya mencatatkan sembilan kes. “Pihak polis akan terus melaksanakan operasi bagi membanteras kegiatan perjudian di daerah ini,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Pemusnahan peralatan perjudian itu disaksikan oleh wakil dari Jabatan Alam Sekitar, Mahkamah Tawau dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. – Bernama