Peralatan perkhemahan untuk Hari Keluarga

Peralatan perkhemahan untuk Hari Keluarga

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Sempena dengan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan yang akan disambut pada Ahad pertama setiap Mei, GL Extra Enterprise menyediakan pelbagai idea untuk menyokong sambutan berkenaan.

Bermula 26 April lalu hingga 16 Mei depan, GL Extra Enterprise mengadakan Jualan Hari Keluarga dengan menyediakan barangan berkualiti untuk idea-idea baru meluangkan masa bersama keluarga.

Sebaik memasuki Bilik Pameran GL Extra di Unit 3, Blok A, Bangunan Haji Abdul Rahman, Kiulap di sini, paling menyerlah adalah pelbagai peralatan perkhemahan untuk seisi keluarga.

Dengan memberikan potongan diskaun sehingga 30 peratus itu, antara produk yang dijual adalah daripada jenama berkualiti tinggi seperti khemah pelbagai saiz, tempat duduk mudah dibawa, cool box untuk menyimpan ais sehingga lapan hari dan banyak lagi.

Ruangan bilik pameran yang mempamerkan pelbagai barangan untuk digunakan bagi mengadakan aktiviti bersama keluarga.
Ruangan bilik pameran yang mempamerkan pelbagai barangan untuk digunakan bagi mengadakan aktiviti bersama keluarga.

Antara tujuan jualan murah sempena hari keluarga ini adalah bagi memperkenalkan pelbagai produk yang terdapat di GL Extra yang bukan hanya tertumpu kepada barang-barang perkhemahan malah barang-barang seperti survival, pakaian, beg dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA