Perampas EgyptAir muncul di mahkamah

Perampas EgyptAir muncul di mahkamah

LARNACA, Cyprus, 30 Mac (AFP) – Lelaki dituduh merampas sebuah pesawat EgyptAir dan memaksanya mendarat di Cyprus muncul di mahkamah hari ini di mana polis meminta dia ditahan reman selama lapan hari.

Seif al-Din Mohamed Mostafa, seorang warga Mesir berusia 58 tahun dan menduda selepas bercerai dengan isterinya dari Cyprus, tidak diminta untuk bercakap.

Dia tidak akan menghadapi sebarang dakwaan rasmi sehingga pendengaran lanjut dan selepas itu beliau dijangka akan mengemukakan rayuan. Hakim berkata, beliau akan membenarkan permintaan reman lewat hari ini.

Seif al-Din Mohamed Mostafa dikawal ketat oleh anggota polis ketika tiba di sebuah mahkamah di Larnaca semalam. – AFP
Seif al-Din Mohamed Mostafa dikawal ketat oleh anggota polis ketika tiba di sebuah mahkamah di Larnaca semalam. – AFP

Pihak berkuasa Cyprus menyifatkan Mostafa sebagai ‘tidak stabil secara psikologi’ dan berkata kes berkenaan ‘tidak berkaitan dengan keganasan’.

Beliau dituduh memaksa pesawat melencong ke lapangan terbang Larnaca di pantai selatan pulau itu kelmarin dengan mengancam untuk meletupkan tali pinggang bahan letupan yang ternyata palsu.