Peranan baru untuk Suu Kyi

Peranan baru untuk Suu Kyi

NAYPYIDAW, Myanmar, 31 Mac (AFP) – Parti Aung San Suu Kyi, hari ini mengemukakan cadangan untuk membentuk peranan baru ‘penasihat kerajaan’ bagi Suu Kyi, dengan memberikannya kuasa untuk berurusan antara presiden dan parlimen.

Negara Asia Tenggara itu menyaksikan era baru setelah penindasan tentera hampir setengah abad, dengan bertambahnya harapan pentadbiran Suu Kyi yang baru mengangkat sumpah boleh menggerakkan ekonomi negara dan memberi nafas baru kepada politik.

Tetapi Suu Kyi tidak dapat menjadi presiden kerana peraturan dalam perlembagaan era junta di sebalik kemenangan besar pilihan raya yang dibawanya untuk parti Liga Kebangsaan Demokrasi pada pilihan raya bersejarah November lalu.

Draf cadangan, yang menyebutkan nama Suu Kyi, akan memberikannya ‘tanggung jawab kepada parlimen berhubung prestasi nasihat’ kuasa untuk mengadakan sebarang rundingan yang dianggap perlu dan belanjawan.

Aung San Suu Kyi (tengah) dan Naib Presiden Myanmar Henry Van Thio (kanan) meninggalkan majlis selepas majlis penyerahan di istana presiden di Naypyidaw pada Rabu lalu. – AFP
Aung San Suu Kyi (tengah) dan Naib Presiden Myanmar Henry Van Thio (kanan) meninggalkan majlis selepas majlis penyerahan di istana presiden di Naypyidaw pada Rabu lalu. – AFP

Jawatan itu, yang boleh memperlihatkan peranan seorang perdana menteri dalam sistem politik lain akan bertahan dalam penggal lima tahun seperti presiden dan memberikan laluan kepada Suu Kyi bagi perundangan, selepas dia terpaksa melepaskan kerusi parlimennya untuk menyertai kabinet.

Ia akan dikemukakan kepada dewan tertinggi parlimen hari ini, menurut beberapa orang Ahli Parlimen, termasuklah Pu Gin Kam Lian dari Parti Kongres Zomi bagi Demokrasi, dari negeri barat Chin. “Ia akan dibincangkan dan diluluskan dalam tempoh beberapa akan datang.”

Penerima anugerah Nobel itu memberi jaminan akan memimpin atas Presiden Htin Kyaw, penasihat rapa yang telah mengangkat sumpah semalam dan Suu Kyi juga mengambil empat jawatan kabinet dalam hal ehwal luar, pendidikan, tenaga dan kementerian pejabat presiden.