Perancang Barca ke West Ham

Perancang Barca ke West Ham

pg20_150902_k

LONDON, 1 Sept (Reuters) – Perancang Barcelona, Alex Song (gambar) menyertai semula West Ham secara pinjaman untuk semusim, umum kelab Liga Perdana itu menerusi akaun Twitternya, hari ini.

Pemain berusia 27 tahun dari Cameroon itu sebelum ini menghabiskan tempoh semusim bersama skuad The Hammers selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama juara Liga Sepanyol itu.

Sebelum ini dia beraksi untuk Arsenal sebelum berpindah ke Nou Camp pada tahun 2012 dengan nilai 15 juta pound.

“Baharu saja disahkan. Alex Song sudah menandatangani perjanjian untuk bersama West Ham secara pinjaman bagi tempoh semusim.

Selamat datang kembali Alex,” umum pengerusi kelab berkenaan, David Gold menerusi Twitter.

ARTIKEL YANG SAMA