Perancang pengeboman 1993 dihukum mati

Perancang pengeboman 1993 dihukum mati

MUMBAI, 30 Julai (AFP) – India hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas Yakub Memon, perancang pengeboman yang telah disabitkan dengan kesalahan bagi peranannya dalam siri-siri serangan yang diselaraskan yang telah mengorbankan beratus-ratus orang di Mumbai pada tahun 1993, lapor media India.

Memon dihukum gantung di penjara Nagpur di negeri barat Maharashtra kira-kira pukul 7 pagi pada hari ulang tahunnya ke 53 tahun, menurut saluran berita NDTV dan CNN-IBN, selepas rayuan terakhir bagi pengampunan ditolak oleh presiden India dan mahkamah tinggi. Agensi berita Press of Trust of India (PTI) juga melaporkan tentang pelaksanaan hukuman mati itu, dengan memetik sumber para pegawai.

PTI berkata mayat Memon dijangka diserahkan kepada keluarganya, dengan menambah kata Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis dijangka membuat kenyataan kepada Dewan Undangan lewat hari ini.

Bursa Saham Bombay, pegawai-pegawai Air India dan sebuah hotel mewah adalah antara dua belas sasaran letupan Mac 1993 yang mengorbankan 257 orang dalam serangan yang paling banyak mengorbankan nyawa di India.

Pengeboman itu dipercayai dilancarkan oleh dunia penjenayah Islam, Mumbai dalam membalas keganasan anti Islam yang mengorbankan lebih 1,000 orang.

Sebahagian penunjuk perasaan yang tidak bersetuju dengan hukuman yang dilaksanakan memegang gambar Yakub Memon. – AFP
Sebahagian penunjuk perasaan yang tidak bersetuju dengan hukuman yang dilaksanakan memegang gambar Yakub Memon. – AFP

Kawalan keselamatan diketatkan berhampiran sasaran di Mumbai semalam. Memon, bekas akauntan, adalah satu-satunya daripada 11 orang yang disabitkan dengan kesalahan berhubung kekejaman yang telah dikekalkan hukumannya pada rayuan. Hukuman ke atas yang lain telah ditukar kepada hukuman penjara seumur hidup.

Dia menafikan sebarang penglibatan dalam letupan ketika proses perbicaraan dan rayuan yang mengejutkan, yang telah mengundang pandangan berpecah di India dan membawa kepada desakan aktivis hak asasi dan seorang bekas hakim supaya nyawanya diselamatkan.

Bekas hakim Mahkamah Tinggi Harjit Singh Bedi berkata Mahkamah Tinggi seharusnya menerima notis laporan bahawa Memon telah bekerjasama dengan para penyiasat dan pulang dengan sukarela dari Pakistan, yang mana dia melarikan dari letupan itu.

ARTIKEL YANG SAMA