Perancis, AS adakan perbincangan atasi IS

Perancis, AS adakan perbincangan atasi IS

PERANCIS, 20 Jan – Menteri – menteri pertahanan dari tujuh buah negara yang mengetuai tentangan ke atas kumpulan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria akan bermesyuarat di Paris hari ini untuk mencari jalan bagi membangunkan gabungan mereka dan meningkatkan sumber.

Dianjurkan bersama oleh menteri – menteri pertahanan Perancis dan AS, Jean-Yves Le Drian dan Ash Carter, mesyuarat itu akan dihadiri oleh rakan sejawatan dari Australia, British, Belanda, Jerman dan Itali.

Negara – negara mereka mengetuai kempen udara ke atas IS dan latihan tentera Iraq untuk menentang pengikut kumpulan berani mati.

Rusia, sekutu rapat presiden Syria, Bashar al-Assad, memulakan kempen serangan udara dalam membantu rejim itu lewat September lalu, menyasarkan IS tetapi pengkritik berkata, lebih kerap penentang sederhana.

Setiausaha Negara AS, John Kerry akan membincangkan keadaan di Syria bersama rakan sejawatan Rusia, Sergei Lavrov di Geneva hari ini.

Kerajaan Perancis berkata menteri – menteri hari ini akan ‘mendapatkan yang ada’ terhadap usaha gabungan sejak kempen itu dimulakan pada 2014 dan mengkaji cara untuk mengukuhkannya.

“Mereka akan membincangkan apa yang mungkin diperlukan bagi meningkatkan tempo,” kata sumber pertahanan Perancis, yang menambah dia berharap mesyuarat itu akan menjadi acara yang kerap.

Tentangan ke atas IS begitu perlahan dilakukan, tetapi telah mula menampakkan hasil, kata pakar. Kumpulan IS, yang menguasai sebahagian rantau Iraq dan Syria pada 2014 dan 2015 dan menawan beberapa buah bandar raya, menyaksikan kegagalan terhadap apa yang diisytiharkan mereka pemerintahan kahlifah, termasuk kehilangan bandar raya utama Iraq, Ramadi kepada tentera setempat yang disokong AS bulan lalu.

Kerajaan Perancis berkata menteri – menteri pertahanan juga akan mengkaji cara untuk meningkatkan kapasiti tentera setempat, Peshmergas Kurdis dan tentera Iraq dengan peralatan dan latihan – AFP