Perancis, AS janji tingkat usaha perangi IS

Perancis, AS janji tingkat usaha perangi IS

WASHINGTON, 25 Nov (AFP) – Perancis dan AS semalam berjanji akan meningkatkan usaha memerangi kumpulan Islam IS, dengan menggesa Rusia supaya menyokong usaha sejagat untuk menyelesaikan konflik Syria yang telah pun memasuki tahun ke empat.

Presiden Francois Hollande, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama di Rumah Putih ketika Turki menjatuhkan pesawat perang Rusia memberi tamparan hebat kepada usaha untuk menyelaraskan pertempuran ke atas IS. Bercakap, 11 hari selepas kumpuan jihad itu membunuh 130 rang di bandar Perancis, Hollande menggesa respons bersama ‘tanpa henti’ untuk menghapuskan kumpulan itu di Syria dan Iraq.

Pada sidang media bersama, Obama berjanji perpaduan penuh Amerika selepas pembunuhan beramai-ramai pada 13 November, dengan bertutur bahasa Hollande memberitahu beliau, “Kita semua adalah orang Perancis.”

Washington dan Paris telah meningkatkan usaha mereka memerangi IS di Syria, dengan Perancis melancarkan serangan pertamanya dari pengangkut pesawat udara Charles de Gaulle di Mediterranean dan AS menggesa bagi lebih banyak kerjasama antarabangsa menentang kumpulan pejuang.

Sementara tidak mengumumkan tindakan baru, Hollande berkata beliau dan Obama bersetuju untuk ‘meningkatkan serangan kami di Syria dan Iraq untuk meluaskan skop kami untuk mengukuhkan perkongsian perisikan kami berhubung sasaran.”

Kedua-dua pemimpin berkata mereka akan mengukuhkan sokongan bagi pasukan yang memerangi IS di darat – sementara terus menolak sebarang kempen darat.

“Perancis tidak akan campur tangan dalam ketenteraan di darat,” kata Hollande. Dalam memperlihatkan mesej para pemimpin berhubung kerjasama lebih erat, Perancis berkata kapal-kapal perangnya telah menyerang pusat kawalan IS berhampiran kubu kuat utamanya di Mosul, barat Iraq, dalam serangan diketuai Pasukan Udara AS.