Perancis benam Korea Selatan 3-0

Perancis benam Korea Selatan 3-0

MONTREAL, 22 Jun (AFP) – Perancis mengetepikan Korea Selatan 3-0 untuk mara ke suku akhir Piala Dunia Wanita semalam.

Marie Laure Delie menjaringkan satu gol dan Elodie Thomis juga menemui sasaran untuk meletakkan Perancis yang mengungguli ranking ketiga mara ke persaingan lapan pasukan terakhir bersama pasukan nombor satu dunia, Jerman.

Penyerang Paris Saint-Germain, Delie menjaringkan gol seawal empat minit di Stadium Olympic, Montreal dengan Thomis menambah gol kedua empat minit kemudian.

Separuh masa kedua hampir sama dengan Delie mendapatkan hantaran lintang Eugenie Le Sommer di depan gawang tiga minit selepas rehat ketika pasukan Korea yang berada di ranking ke-18 bukanlah saingan mereka.

Perancis layak mengungguli Kumpulan F biarpun tewas 2-0 kepada Colombia dalam perlawanan kedua kumpulan.

Elodie Thomis (12) dari Perancis mengawal bola sambil disaingi oleh pemain Korea Selatan, Eunmi Lee (2) dan Yumi Kang (16) di Stadium Olimpik Kanada semalam. – AFP
Elodie Thomis (12) dari Perancis mengawal bola sambil disaingi oleh pemain Korea Selatan, Eunmi Lee (2) dan Yumi Kang (16) di Stadium Olimpik Kanada semalam. – AFP

Korea Selatan muncul tangga kedua dari Kumpulan E di belakang Brazil, yang tewas 1-0 kepada Australia dalam 16 perlawanan terakhir mereka di Moncton awal semalam.

Perancis seterusnya menentang Jerman, pemenang 2003 dan 2007, yang membenam Sweden 4-1 dalam 16 perlawanan terakhir mereka Sabtu lalu.

Ia adalah kali ketiga Perancis beraksi dalam Piala Dunia selepas selesai di tangga keempat di Jerman pada 2011.

Korea Selatan mara dari peringkat kumpulan buat kali pertama setelah gagal untuk melakukannya dalam kemunculan tunggal mereka pada 2003.

Tuan rumah Kanada membenam Switzerland 1-0 lewat semalam di Vancouver dengan pertemuan pemenang seterusnya sama ada bekas juara Norway atau England, yang akan beraksi dalam 16 pasukan terakhir hari ini.

Perlawanan itu menampilkan 16 pusingan akhir buat kali pertama ketika perlawanan dikembangkan kepada 24 pasukan.

ARTIKEL YANG SAMA