Perancis bertindak balas

Perancis bertindak balas

PARIS, 16 Nov – Perancis bertindak balas terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) dengan menghantar pesawat pejuangnya mengebom kubu kuat kumpulan itu di Syria, selepas serangan terancang kumpulan pengganas itu mengorbankan 129 nyawa di Paris pada Jumaat malam.

Perancis yang akan bertafakur selama seminit pada Isnin bagi memperingati mangsa serangan itu, menghantar pesawat pejuangnya yang menggugurkan lebih 20 bom di kubu kuat IS di Raqa, Syria sekali gus mengisyaratkan tekad kerajaan Perancis menentang kumpulan itu.

Serangan Perancis itu memusnahkan pusat kawalan IS, pusat pengambilan ahli baru, depot senjata dan kem latihan ‘pengganas’, kata Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya.

Dalam pada itu, ketika siasatan terhadap serangan IS di Paris melangkau ke seluruh Eropah, polis Perancis mengeluarkan foto suspek ‘berbahaya’ yang dikehendaki berhubung serangan itu.

Suspek berusia 26 tahun, Salah Abdeslam yang dikatakan seorang daripada tiga beradik dikaitkan dengan serangan itu, turut dikehendaki di Belgium yang mengeluarkan waran tahanan antarabangsa terhadapnya.

A

Pihak berkuasa sedang memastikan sama ada lelaki itu sedang menyembunyikan diri atau merupakan seorang daripada penyerang yang maut ketika serangan itu, kata sumber keselamatan.

Dia tinggal di kawasan kejiranan miskin dengan majoritinya imigran di Molenbeek, Brussels yang mana polis negara itu sudah membuat beberapa penahanan berkaitan serangan di Paris.

Serangan keganasan terburuk dalam sejarah Perancis telah mengejutkan ibu negara, kurang daripada 11 bulan selepas jihad menyerang sebuah majalah satira Charlie Hebdo dan sebuah pasar raya Yahudi, membunuh 17 orang.

Walaupun dalam keadaan darurat, sekolah dan muzium dibuka semula pagi kelmarin, dengan diikuti dengan pembukaan semula teater dan pusat-pusat kebudayaan lainnya selepas ditutup berikutan serangan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA