Perancis berwaspada

Perancis berwaspada

PARIS, 19 Nov (AFP) – Keselamatan ketat akan membayangi aksi Ligue 1 di Perancis esok apabila Nice menjadi tuan rumah kepada Lyon, seminggu selepas serangan pengganas di Paris yang meragut 129 nyawa dan mencederakan 350 orang.

Aksi Perancis menentang Jerman di Stade de France 13 November lalu digegarkan tiga letupan di luar stadium kebangsaan. Tiga penyerang nekad meletupkan diri dan membunuh seorang penduduk awam.

Menteri Sukan Perancis, Thierry Braillard bersama pegawai bola sepak membuat keputusan Selasa lalu untuk membenarkan perlawanan Ligue 1 dan Ligue 2 diteruskan di bawah kawalan ketat, tetapi tanpa peminat pasukan pelawat.

“Persaingan sukan perlu diteruskan kerana jika kita menangguhkannya, itu apa yang dimahukan orang kejam ini untuk menjejaskan kehidupan seharian kita,” jelas Braillard.

Presiden Liga, Frederic Thiriez berkata pasukan keselamatan di seluruh negara itu ditambah bagi membenarkan peminat untuk membuat perjalanan.

Pemain Olympique Lyon, Alexandre Lacazette (tengah) meraikan jaringan semasa menentang St. Etienne dalam aksi Ligue 1 pada 8 November lalu. Perlawanan Nice menentang Lyon esok akan dilangsungkan dalam kawalan ketat selepas serangan pengganas di Paris. – Reuters
Pemain Olympique Lyon, Alexandre Lacazette (tengah) meraikan jaringan semasa menentang St. Etienne dalam aksi Ligue 1 pada 8 November lalu. Perlawanan Nice menentang Lyon esok akan dilangsungkan dalam kawalan ketat selepas serangan pengganas di Paris. – Reuters

Bercakap menjelang aksi persahabatan di antara England dan Perancis Selasa depan di Wembley, dia berkata: “Kementerian Dalam negeri tidak mempunyai pasukan yang mencukupi bagi memastikan kehadiran penyokong pasukan pelawat dan keselamatan secara keseluruhannya.”

Harian sukan popular, L’Equipe memberikan penghormatan kepada United Kingdom selepas peminat menyanyikan lagi La Marseillaise menjelang perlawanan, sebagai sebahagian daripada penghormatan kepada mangsa serangan.

Lagu kebangsaan Perancis juga dinyanyikan di semua perlawanan domestik hujung minggu ini dalam menghormati mangsa.

“Terima Kasih (kepada British) adalah tajuk utama dada-dada akhbar selepas England mencatatkan kemenangan 2-0 di ibu negara itu dengan Putera William dan Perdana Menteri British, David Cameron menghadiri perlawanan.”

Ketika Pertubuhan Bola Sepak Eropah (UEFA) dan kerajaan Perancis berusaha untuk mengetepikan perasaan takut terhadap keupayaan Perancis untuk menghoskan Euro 2016, liga Perancis kembali beraksi tetapi berada di bawah kawalan yang ketat.