Perancis denda firma penghantaran pembungkusan

Perancis denda firma penghantaran pembungkusan

PARIS, 15 Dis (AFP) – Penguat kuasa persaingan Perancis hari ini mengenakan denda sebanyak 672.3 juta euro ke atas 20 firma perkapalan pembungkusan termasuk subsidiari pasaran tempatan terkemuka antarabangsa seperti DHL, FedEx dan TNT atas penetapan harga.

Pengawal atur pasaran mendapati syarikat-syarikat itu, termasuk persatuan perdagangan yang berkaitan dengan mereka, telah terlibat dalam perbincangan kenaikan harga dan banyak firma juga membincangkan kaedah serupa untuk mengenakan surcaj minyak ke atas perkapalan pembungkusan antara 2004 dan 2010.

“Persidangan meja bulat sering diaturkan sebelum dan selepas kempen kenaikan kadar, yang membolehkan firma-firma untuk mengharmonikan kedudukan kadar mereka dan mengukuhkan rundingan komersial mereka,” kata Penguat kuasa Persaingan dalam satu kenyataan.

“Perbincangan itu diadakan secara rahsia dan tidak ada rekod rasmi telah dilakukan,” tambahnya.

Chronopost, syarikat penghantar milik sistem pos Perancis kini diketahui sebagai DPD France dan Geodis, dimiliki oleh operator rel SNCF yang dikawal kerajaan juga telah ditangkap dalam rangkaian penetapan harga.

Kedua-dua buah syarikat, termasuk DHL dan TNT, dianggap dalam kalangan lapan anggota utama lingkaran penetapan harga, yang diperkira kira-kira 71 peratus daripada pasaran.

Pengawal atur mengatakan sektor penghantaran bungkusan itu adalah ‘aktiviti penting bagi industri Perancis.”

Katanya pengilang sangat bergantung ke atas penghantaran bungkusan antara satu sama lain dan klien, bukan saja peruncit online yang sepenuhnya bergantung pada mereka untuk menyampaikan barangan kepada para pelanggan.