Perancis denda Uber 800,000 euro

Perancis denda Uber 800,000 euro

PARIS, 10 Jun – Uber didenda 800,000 euro oleh sebuah mahkamah Perancis semalam, separuh daripadanya digantung, disebabkan perkhidmatan perkongsian perjalanan UberPOP yang diharamkan di negara itu selepas bantahan ganas tahun lalu.

Uber menggantung tawaran UberPOP di Perancis pada Julai ekoran bantahan daripada pemandu teksi terhadap perkhidmatan itu dan penahanan dua bos Perancis.

UberPOP seterusnya diharamkan di Perancis, tetapi syarikat itu masih mengendalikan perkhidmatan setengah harga menggunakan pemandu professional.

Dalam kes mahkamah yang berakhir semalam, Uber didawa “menubuhkan sistem haram yang menempatkan pelanggan berurusan dengan pembekal pengangkutan jalan raya secara percuma.” – AFP

Gambar fail 17 Jun 2015 menunjukkan seorang pelanggan menempah perkhidmatan UberPop di Paris. Uber telah didenda 800,000 euro disebabkan perkhidmatan perkongsian perjalanan UberPOP yang diharamkan di negara itu selepas bantahan ganas tahun lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA