Perancis hantar jet pejuang ke Mesir

Perancis hantar jet pejuang ke Mesir

ISTRES, Perancis, 20 Julai – Mesir hari ini mengambil penghantaran tiga jet pejuang Rafale dari Perancis, yang pertama daripada 24 pesawat perang yang dijual dalam perjanjian awal 5.2 bilion euro tahun ini.

Pihak berkuasa Mesir mengalas tanggungjawab ke atas pesawat itu di pangkalan udara di selatan Perancis, dan ia akan diterbangkan ke Kaherah oleh juruterbang yang dilatih khas pada Selasa. Kaherah berharap untuk merangsang kehadiran tenteranya ketika ia berdepan dengan Libya yang tidak stabil hingga ke barat dan ancaman daripada militan yang berkaitan dengan kumpulan Islamic State (IS) di Semenanjung Sinai hingga ke timur.

Bagi Mesir, persetujuan itu juga menunjukkan sokongan bagi Presiden Abdel Fattah al-Sisi, yang menggulingkan ketua terdahulunya pada 2013 dan ingin untuk memecahkan monopoli AS berhubung penjualan senjata ke Kaherah.

Perjanjian itu menjadi satu rahmat kepada Perancis yang kekurangan dana dan Perancis berharap dengan menunjukkan teknologi tentera Perancis itu, ia akan mempromosikan lebih banyak pesanan bagi jet pejuang utamanya, yang ia bergelut selama bertahun-tahun untuk menjualnya.

Perjanjian keseluruhan itu juga termasuk kontrak bagi peluru berpandu dan bagi kapal frigat pelbagai misi FREMM daripada kumpulan tentera laut DCNS.

Bagaimanapun, perjanjian itu telah mencetuskan kebimbangan daripada kumpulan kempen yang bimbang tentang rekod hak asasi kemanusiaan Kaherah. Ketua Dassault Aviation, yang membina pesawat perang itu, berterima kasih kepada tentera Perancis ‘tanpa sokongan itu, kejayaan ini tidak akan menjadi nyata’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA