Perancis hentikan perjanjian perdagangan EU–AS

Perancis hentikan perjanjian perdagangan EU–AS

PARIS, 30 Ogos – Perancis akan meminta Suruhanjaya Eropah supaya menghentikan rundingan mengenai perjanjian perdagangan di antara Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, kata menteri muda untuk perdagangan hari ini.

“Tidak adanya sokongan politik di Perancis untuk rundingan berkenaan” dan “Perancis meminta rundingan berkenaan dihentikan,” beritahu Matthias Feki kepada radio RMC.

Perunding dari AS dan EU sedang berunding untuk memuktamadkan Perkongsian Perdagangan dan Pelaburan Rentas Atlantik (TTIP) yang akan menubuhkan kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia.Namun rundingan telah menjadi buntu mengenai syarat-syarat perjanjian serta pengundian Britain untuk meninggalkan EU dan tentangan yang meningkat kepada perjanjian di Perancis dan Jerman.

Halangan itu menimbulkan keraguan serius bahawa ia akan dicapai pada akhir tahun seperti yang diharapkan.

Fekl berkata rundingan lebih memihak kepada warga Amerika.

“Warga Amerika tidak memberikan apa-apa, ia bukan cara rundingan dilakukan di antara sekutu,” kata beliau.

“Kami memerlukan satu pemberhentian kepada rundingan berkenaan demi memulakan semula satu asas yang baik.”

Perancis akan mengemukakan kes ini pada satu mesyuarat menteri-menteri perdagangan asing di Bratislava pada September, tambah Fekl.

Aktivis yang telah menentang TTIP sejak rundingan bermula pada 2013 berkata perjanjian hanya akan memberi faedah kepada multinasional dan menjejas pengguna. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA