Perancis, Ind...

Perancis, India kukuh ‘kerjasama strategik’

NEW DELHI, 8 Jan – Menteri Luar Negeri Perancis, Jean-Marc Ayrault memulakan lawatan empat hari ke India dengan mesyuarat hari ini bersama Perdana Menteri Narendra Modi untuk mengukuhkan ‘kerjasama strategik’ antara kedua-dua negara.

Ayrault mengadakan rundingan selama 45 minit bersama pemimpin nasionalis Hindu di pusat berteknologi tinggi selatan Bangalore, di mana dia akan menetap di sana sehingga malam Isnin. “Objektif utama lawatan itu adalah untuk menekankan kerjasama strategik dan meningkatkannya ke peringkat yang lebih tinggi,” menteri memberitahu AFP sejurus selepas itu.

Kunjungan itu adalah sebahagian daripada siri mesyuarat antara para pemimpin India dan Perancis. Presiden Francois Hollande telah mengunjungi India dua kali semasa tempoh lima tahunnya, dalam tahun 2013 dan 2016. Modi yang mengalas jawatannya pada 2014, telah dua kali mengunjungi Perancis.

Ayrault dan Modi membincangkan kolaborasi khusus dalam sektor pertahanan, beberapa bulan selepas penjualan 36 jet pejuang French Rafale ke India pada harga kira-kira 8 bilion euro (AS$8.4 bilion).

Jean-Marc Ayrault (kiri) berjabat tangan dengan Narendra Modi pada majlis Pravasi Bharatiya Divas 2017 di Bangalore pada 8 Januari. – AFP
Jean-Marc Ayrault (kiri) berjabat tangan dengan Narendra Modi pada majlis Pravasi Bharatiya Divas 2017 di Bangalore pada 8 Januari. – AFP

Ditanya tentang kemungkinan perjanjian senjata pada masa hadapan bersama India, yang telah menjadi pengimport senjata terbesar di dunia ketika ia cuba untuk memodenkan gudang senjatanya, kata menteri, Modi ‘sudah bersedia untuk menilai semuanya’.

India merupakan ‘sebuah negara besar, yang mempunyai keperluan amat penting untuk memastikan keselamatannya ke atas semua cabaran yang dihadapinya,” kata Ayrault.

Pada Selasa, menteri itu akan mengunjungi negeri barat Gujarat, di mana Modi adalah ketua menteri selama berdekad-dekad, dengan ditemani oleh delegasi sekitar 100 perwakilan daripada syarikat-syarikat Perancis.

Perdagangan tahunan antara Perancis dan India bernilai kira-kira 8 bilion euro, satu jumlah yang semakin berkembang sejak 2000. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA