Perancis, India runding perjanjian beli jet Rafale

Perancis, India runding perjanjian beli jet Rafale

NEW DELHI, 29 Sept (AFP) – Pegawai pertahanan India dan Perancis akan mengadakan rundingan baru hari ini berhubung pembelian 36 jet Rafale, dengan harapan tinggi atas rundingan perjanjian berbilion dolar yang hampir untuk diselesaikan, menurut pegawai.

Rundingan itu berlangsung di New Delhi selepas pihak Perancis bersetuju bagi tuntutan kerajaan India bagi pelaburan masa depan di negara sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, menurut Economic Times.

Seorang pegawai kerajaan memberitahu AFP dia amat yakin rundingan di New Delhi akan ‘membawa perjanjian itu ke peringkat akhir’ namun enggan untuk memberi komen sebarang persetujuan ke atas pelaburan itu.

“Jika semuanya berjalan lancar, persetujuan kerajaan-kekerajaan akan ditandatangani tidak lama lagi. Ia akan mengambil masa sekitar satu bulan sebelum pakatan terakhir ditandatangani,” menurut pegawai.

Semasa lawatan ke Perancis pada April, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan yang New Delhi telah menempah 36 pesawat ‘sedia untuk terbang’, bernilai kira-kira 5 bilion euro (AS$5.6 bilion).

Namun penghalangnya adalah keperluan standard Delhi yang pembuat senjata melabur satu peratus daripada nilai sebarang perjanjian besar di India, yang dikenali sebagai klausa ofset.

Economic Times, memetik sumber tidak bernama hari ini mengatakan Perancis sudah bersetuju dalam prinsip kepada 50 peratus klausa ofset.

ARTIKEL YANG SAMA