Perancis, Jerman pantau komunikasi suspek

Perancis, Jerman pantau komunikasi suspek

PARIS, 23 Ogos – Perancis dan Jerman mahu aplikasi mesej seperti Telegram untuk membantu kerajaan memantau komunikasi suspek pengganas.

Peguam bela privasi berhujah ia adalah penting untuk keselamatan dalam talian, terutamanya bagi urus niaga perbankan.

Menteri Dalam Negeri Perancis Bernard Cazeneuve berkata pihak berkuasa tidak menolak untuk mengharamkannya, khususnya kepada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut supaya mereka tidak boleh disalahgunakan oleh pelampau ganas.

Beliau dan rakan sejawatannya dari Jerman itu berkata hari ini mereka menolak untuk polisi seluruh Eropah mengenainya yang akan dibincangkan pada sidang kemuncak EU bulan depan.

Para menteri juga menekankan keperluan untuk sistem Eropah bersatu untuk berkongsi maklumat polis, selepas serangan maut pelampau di kedua-dua negara pada musim panas ini.

Cazeneuve berkata, pihak berkuasa Perancis telah menahan tiga orang bulan ini dengan ‘rancangan yang jelas’ menumpukan kepada serangan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA