Perancis kekal hos Euro 2016 – UEFA

Perancis kekal hos Euro 2016 – UEFA

PARIS, 17 Nov (Reuters) – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengesahkan bahawa Perancis kekal sebagai tuan rumah dalam kejohanan Euro 2016 seperti dijadualkan, walaupun berdepan kejadian serangan di Paris, Sabtu lalu.

Dalam kejadian serangan tersebut, para pegawai mengesahkan 129 terbunuh dan 99 lagi parah berikutan beberapa siri keganasan di ibu negara Perancis. Stade de France menjadi salah satu lokasi sasaran serangan ketika pasukan kebangsaan menentang Jerman dalam perlawanan persahabatan.

Serangan itu telah membawa kepada kebimbangan keselamatan menjelang Euro 2016, dan membawa kepada persoalan sama ada terdapat pertukaran tuan rumah.

Bagaimanapun UEFA menyatakan bahawa tidak ada rancangan untuk mengubah lokasi kejohanan itu.

“Berikutan peristiwa dramatik yang berlaku di Paris, UEFA dan pihak EURO 2016 ingin menegaskan komitmennya dalam memastikan keselamatan dan pengawasan di tengah-tengah perancangan organisasi mereka,” menurut kenyataan UEFA.

Orang ramai bertafakur di luar stadium Stade de France sebagai memperingati mangsa serangan di Saint Denis, di luar Paris, pada 16 November 2015. – Agensi
Orang ramai bertafakur di luar stadium Stade de France sebagai memperingati mangsa serangan di Saint Denis, di luar Paris, pada 16 November 2015. – Agensi

“Walaupun tidak ada sebab untuk mempercayai bahawa EURO mungkin menjadi sasaran mana-mana serangan, potensi ancaman pengganas sentiasa diambil kira, sejak awal projek.

“Pihak EURO 2016 dan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam penganjuran kejohanan itu akan terus bekerjasama dan tetap akan sentiasa memantau tahap risiko bagi kejohanan itu dan merancang organisasi masing-masing.

“Selama lebih tiga tahun, pihak Euro 2016 telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk membangunkan mekanisme yang paling sesuai bagi menjamin kejohanan yang selamat dan kami yakin bahawa langkah-langkah yang perlu akan diambil.

“Perlawanan terakhir akan diteruskan mengikut jadual pada 12 Disember di Palais des Congres di Paris dan perlawanan akhir kejohanan akan diadakan di Perancis dari 10 Jun – 10 Julai 2016.”

ARTIKEL YANG SAMA