Perancis keluarkan amaran berjaga-jaga

Perancis keluarkan amaran berjaga-jaga

PARIS, 5 Jun – Sungai Seine yang terletak di Paris, yang mana airnya melimpah keluar surut selepas mencecah paras tertingginya dalam tempoh tiga dekad ketika tumpuan hari ini beralih ke kawasan lain di Perancis yang mana amaran berjaga-jaga telah dikeluarkan.

Dari puncak 6.10 meter pada awal waktu semalam, air sungai mulai surut, turun kepada 5.77 meter pada pukul 8 pagi, menurut laman sesawang pemerhati banjir Vigicrues, Kementerian persekitaran.

Bagaimanapun, amaran bagi bersiap sedia telah dikeluarkan bagi Seine-Maritime dan bahagian Eure di rantau utara Normandy telah ditarik balik awal hari ini dan ia telah diletakkan pada tahap seterusnya, iaitu warna jingga.

Amaran juga telah dikeluarkan di 15 rantau lain , termasuklah lle-de-France, tempat terletaknya Paris. Lorraine di timur laut dan juga beberapa bahagian kawasan tengah negara. Meteo France telah meramalkan hujan hari ini di kebanyakan negara itu.

Pihak berkuasa di Seine-Maritime berkata ‘tidak berlaku penjejasan ketara setakat ini.”

Gambar yang diambil semalam di Freneuse, barat Perancis menunjukkan rumah hijau dilanda banjir berikutan oleh sungai Seine yang dilanda hujan menyebabkan air berada di paras yang tinggi. – AFP
Gambar yang diambil semalam di Freneuse, barat Perancis menunjukkan rumah hijau dilanda banjir berikutan oleh sungai Seine yang dilanda hujan menyebabkan air berada di paras yang tinggi. – AFP

Lalu lintas ditegah di beberapa kawasan di Normandy dan meskipun air Seine naik di bandar utara Rouen, tebingnya tidak pecah.

“Keadaan sebegini bila ada air pasang kuat,” kata pegawai pelabuhan.

Di seluruh Eropah, kira-kira 18 orang terbunuh dalam kejadian banjir yang memerangkap orang di dalam rumah mereka, pokok dan talian kuasa tumbang, memutuskan jalan raya dan landasan kereta api dan memaksa pasukan penyelamat mengemudi di jalan raya berlumpur dengan bot keselamatan.

Di Paris, muzium Louvre dan Orsay, yang terletak berhadapan tebing-tebing Seine, ditutup pada hari ketiga hari ini, dalam usaha untuk memindahkan harta-harta seni dari tingkat bawah tanah ke kawasan lebih tinggi sebagai langkah awal berwaspada. Ia dijangka hanya dibuka pada hari Selasa. – AFP