Perancis lancar aplikasi ‘amaran serangan’

Perancis lancar aplikasi ‘amaran serangan’

PARIS, 8 Jun – Aplikasi baru telefon pintar yang direka untuk memberi amaran kepada pengguna bagi kemungkinan serangan keganasan akan dilancarkan oleh kerajaan Perancis hari ini, di tengah-tengah kebimbangan dan keselamatan yang semakin meningkat menjelang kejohanan bola sepak Euro 2016.

Aplikasi itu, yang boleh dimuat turun dalam dua bahasa iaitu dalam bahasa Inggeris dan Perancis, akan menghantar tanda amaran “dalam kes serangan yang disyaki,” kata Kementerian Dalam Negeri, yang telah diperkenalkan kepada perkhidmatan tersebut.

Ia akan memberi isyarat kepada para pengguna dan amaran akan muncul pada aplikasi kurang dari 15 minit selepas kejadian itu setelah disahkan oleh pihak berkuasa, dan akan dimaklumkan ke lokasi yang tepat kepada pengguna.

Aplikasi baru telefon pintar yang direka untuk memberi amaran kepada pengguna untuk kemungkinan serangan di tengah-tengah ketakutan dan kebimbangan terhadap keselamatan yang semakin meningkat menjelang Euro 2016 dilancarkan hari ini oleh kerajaan Perancis. – AFP

Aplikasi ini juga dipercayai juga dapat memantau isyarat untuk sehingga lapan zon geografi yang berbeza, yang membolehkan mereka untuk memeriksa ahli keluarga atau rakan-rakan.

Ia juga akan memberikan nasihat me-ngenai cara untuk kekal selamat, dengan maklumat yang disesuaikan dengan setiap keadaan individu, kata kementerian itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA