Perancis lebur Iceland

Perancis lebur Iceland

PARIS, 4 Julai – Perancis ternyata terlalu sukar untuk ditundukkan Iceland yang tewas dengan jaringan besar 5-2 pada pertembungan suku akhir Euro 2016 di Stade De France, awal pagi tadi.

Perancis akan memiliki peluang sempurna untuk membalas dendam kekalahan mereka kepada Jerman dalam Piala Dunia 2014 apabila mereka akan menentang musuh lama dalam separuh akhir Euro 2016 pada Khamis ini, menurut bintang penyerang, Olivier Giroud.

“Ia akan menjadi perlawanan hebat, kami memiliki banyak harapan untuk mendapatkan kembali Piala Dunia kami,” kata Giroud selepas dua golnya membantu Perancis membenam Iceland 5-2 dalam perlawanan suku akhir.

Tandukan menerusi Mats Hummels mengetepikan Perancis dari suku akhir di Rio de Janeiro dua tahun lalu dan Jerman memenangi mahkota dunia keempat mereka.

Tetapi penyingkiran yang lebih menyakitkan kepada Jerman masih dalam memori Perancis Piala Dunia 1982, yang menyaksikan kejatuhan Patrick Battison oleh Harald ‘Toni’ Schumacher.

Reaksi para penyokong bersama Paul Pogba selepas Perancis menewaskan Iceland 5-2 pada perlawanan bola sepak suku akhir Euro 2016 di Stade de France di Saint-Denis, semalam. - AFP
Reaksi para penyokong bersama Paul Pogba selepas Perancis menewaskan Iceland 5-2 pada perlawanan bola sepak suku akhir Euro 2016 di Stade de France di Saint-Denis, semalam. – AFP

Pemain penyerang Arsenal, Giroud berkata persaingan menentang Jerman di Marseille adalah “perlawanan yang berbeza sama sekali’ berbanding menentang pasukan Iceland.

“Mereka adalah juara dunia dan mereka kerap berada dalam empat pasukan terakhir perlawanan utama,’ kata Giroud.

“Saya bangga dengan apa yang dicapai pasukan Perancis dan saya berharap kami akan keluar dengan keputusan yang tepat.”

Dalam perbandingan kepada laluan Perancis, Jerman diberikan ujian getir dalam suku akhir mereka. Itali mengheret mereka ke dalam sepakan penaltI penentuan di Bordeaux pada Sabtu lalu sebelum pasukan kendalian Joachim Loew itu menang 6-5.

Pasukan Jerman mengalami kecederaan terhadap Mario Gomez bagi perlawanan selebihnya dan meletakkan pemain midfield Sami Khedira dan kapten pasukan Bastian Schweinstieger bergelut untuk cergas tepat pada masanya.

Biarpun kekecewaan itu, jurulatih Perancis, Didier Deschamps tidak berada dalam keraguan bahawa Jerman adalah kelas tersendiri bagi perlawanan itu.

“Jerman adalah pasukan yang terbaik, tiada keraguan mengenainya, walaupun jika Itali memberikan mereka beberapa ancaman. Tetapi kami berada dalam empat kelompok akhir dan akan memberikan segalanya,’ kata Deschamps.

“Mereka adalah salah sebuah pasukan yang jarang yang boleh mengawal permainan. Ia adalah perlawanan yang hebat tetapi ia tidak akan mudah.” – AFP