Perancis menang kontrak kapal selam

Perancis menang kontrak kapal selam

SYDNEY, 26 April – Perancis hari ini berjaya menewaskan persaingan dari Jerman dan Jepun untuk memenangi kontrak yang bernilai Aus$50 bilion (AS$39 bilion) bagi mereka dan membina generasi kapal selam Australia seterusnya, dalam keputusan Tokyo gelar ‘amat dikesali’.

Pengumuman dari Perdana Menteri Malcolm Turnbull mencapai kemuncak terhadap rancangan bagi menggantikan kapal selam Australia yang sudah lama dan Collins Class yang menggunakan tenaga elektrik, yang dijadualkan menamatkan perkhidmatan sekitar 2026.

Turnbull berkata 12 buah kapal selam baru akan dihantar oleh kontraktor Perancis, DCNS di bawah kontrak pertahanan terbesar negara itu “adalah kapal tentera laut yang paling canggih dihasilkan di dunia”.

“Ini adalah usaha besar negara,” katanya di limbungan kapal Adelaide, di mana kapal-kapal selam akan dibina.

Presiden Perancis, Fancois Hollande memuji keputusan itu sebagai bersejarah.

Gambar fail yang diambil pada 22 Oktober menunjukkan pekerja melintas kapal selam nuklear ‘SNA Barracuda’ yang sedang dalam pembinaan di sebuah kilang kumpulan industri Perancis yang pakar dalam pertahanan laut dan tenaga, DCNS, di Cherbourg-Octeville, barat laut Perancis. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 22 Oktober menunjukkan pekerja melintas kapal selam nuklear ‘SNA Barracuda’ yang sedang dalam pembinaan di sebuah kilang kumpulan industri Perancis yang pakar dalam pertahanan laut dan tenaga, DCNS, di Cherbourg-Octeville, barat laut Perancis. – AFP

“Ia menandakan kemajuan terkini dalam kerjasama strategi di antara kedua-dua buah negara yang akan bekerjasama lebih 50 tahun,” kata pejabatnya dalam kenyataan.

Konsortium yang diketuai kerajaan Jepun diketuai oleh Mitsubishi Heavy Industries dan kumpulan dari Jerman, ThyssenKrupp Marine System juga bersaing, tetapi DCNS dipertimbangkan “memenuhi kesemua keperluan keupayaan unik kami”.

Jepun sebelumnya adalah pilihan awal dan pada November lalu Tokyo berkata menyerahkan kontrak akan membantu meningkatkan keselamatan serantau, dengan beberapa pegawai kanan AS, termasuk bekas timbalan setiausaha negara, Richard Armitage, juga menyokong pembinaan Jepun itu.

Awal bulan ini, akhbar The Australian memetik pegawai AS menyokong Jepun bukan hanya bagi kualiti kapal selamnya tetapi juga perkembangan strategi yang mendalam, kerjasama maritim antara Canberra, Washington dan Tokyo ketika kebangkitan China. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA