Perancis mula cari gali minyak di pesisir Uruguay

Perancis mula cari gali minyak di pesisir Uruguay

PARIS, 13 Mac (NNN) – Total SA, Perancis mengumumkan tahun ini ia bersiap sedia untuk mula melakukan kerja cari gali di telaga luar pesisirnya yang paling penting di Amerika, ketika ia mencari padang minyak besar di perairan Uruguay. Penemuan boleh menambah peningkatan cari gali di sebuah negara yang pada masa ini mengimport kesemua keperluan minyak dan gasnya.

“Mungkin terdapat gajah di luar sana. Inilah yang kami cari,” Christian Tichatschke, pengarah cari gali Total di Uruguay, berkata dalam temu bual di Montevideo Jumaat lalu. “Ia adalah projek yang sangat berisiko tetapi kami percaya kami boleh mencari sesuatu.”

Total, Tullow Oil Plc, BG Group Plc dan BP Plc telah melabur lebih AS$1 bilion dalam kegiatan cari gali sejak ia meraih lapan blok luar pesisir pada tahun 2012, menurut Hector de Santa Ana, pengarah E&P di syarikat minyak kerajaan dan pengawal atur sektor Ancap.

Potensi luar pesisir Uruguay telah menimbulkan pemeteraian perjanjian beberapa bulan kebelakangan meskipun ketika tanda aras harga minyak didagangkan pada kadar rendah 12 tahun.

Statoil ASA, Norway berkata bulan lalu bahawa ia telah memperoleh pegangan 35% dalam blok yang dipegang oleh Tullow. Statoil dan Exxon Mobil Corp juga meraih pegangan minoriti dalam blok Total.

Raya-1, adalah nama telaga, mungkin menghidupkan semula keinginan di lembangan Pelotas yang dikongsi sama oleh Brazil dan Uruguay. Para pelabur telah menjauhi pelesenan minyak Brazil sekitar lembangan itu tahun lalu.

Total merancang memulakan kerja cari gali di telaga luar pesisir pertama Uruguay dalam tempoh 40 tahun, lewat bulan ini dalam 3,411 m air. Itu akan menjadikan cari gali telaga paling dalam dengan kedalaman air pernah dicatatkan, menurut data yang disusun oleh Wood Mackenzie. Raya seharusnya selesai dalam tempoh kira-kira 111 hari selepas cari gali pada kedalaman 3,000 m di bawah dasar laut, menurut Tichatschke. Minyak dijangka muncul seawal-awalnya tahun 2021.