Perancis paling banyak eksport pemain di Eropah

Perancis paling banyak eksport pemain di Eropah

LAUSANNE, 29 Nov – Kajian telah menunjukkan bahawa negara Perancis menjadi negara paling ramai mengeksport pemainnya untuk bersaing ke liga elit bola sepak di Eropah iaitu sebanyak 116 orang.

Brazil pula menduduki tangga kedua dengan 114 pemain manakala Argentina di tempat ketiga (97) dan Sepanyol di tangga keempat (66).

Mengikut laporan International Centre for Sports Studies (CIES) Football Observatory yang berpangkalan di Switzerland itu, liga elit di Eropah merangkumi England, Jerman, Sepanyol, Itali dan Perancis.

Paul Pogba dan Anthony Martial merupakan antara pemain Perancis yang bermain di liga elit bola sepak Eropah. - AFP
Paul Pogba dan Anthony Martial merupakan antara pemain Perancis yang bermain di liga elit bola sepak Eropah. – AFP

Dalam pada itu, mengikut kajian sama, Brazil pula mempunyai pemain paling ramai beraksi di Eropah.

Neymar adalah antara 469 pemain dari negara berkenaan yang beraksi di liga Eropah.

Perancis pula menduduki tangga kedua dengan 312 pemain, manakala Sepanyol di tempat ketiga (201).– AFP

ARTIKEL YANG SAMA