Perancis perluas sekatan, tangani penularan selesema burung

Perancis perluas sekatan, tangani penularan selesema burung

PARIS, 18 Dis (Reuters) – Perancis hari ini memperkukuhkan langkah kebersihan dan mengehadkan pergerakan perternakan ayam itik di seluruh barat daya negara itu ketika ia cuba untuk menangani letusan selesema burung pertama dalam tempoh lapan tahun yang mengancam perniagaan eksportnya.

Kerajaan menubuhkan satu zon penyekatan meluas sekitar kawasan yang mana sebanyak 30 kes selesema burung patogen yang telah dikesan lewat November, satu dekri yang disiarkan dalam Jurnal Rasmi.

Selesema burung atau influenza avian sering menular kepada manusia atau trak yang dijangkiti oleh najis tercemar.

“Langkah baru adalah dengan cara membersihkan secara efektif tempat pengeluaran ayam itik di seluruh zon-zon yang dilanda, dan menyediakan semua jaminan yang diperlukan kepada EU dan negara bukan EU tentang import ternakan burung dan daging Perancis,” menurut kementerian perladangan dalam satu kenyataan.

Menteri Pertanian Stephane Le Foll mengatakan pada Isnin mengenai keputusan awal menunjukkan kesan yang ditemui di Perancis tidak mendatangkan risiko ke atas manusia dan menekankan virus berkenaan tidak dapat dipindahkan menerusi makanan.