Perancis sambut hari peringatan serangan Paris

Perancis sambut hari peringatan serangan Paris

PARIS, 13 Nov – Presiden Perancis, Francois Hollande telah merasmikan hari peringatan kebangsaan di Perancis, setahun selepas serangan Paris yang mengorbankan 130 jiwa.

Hollande melancarkan plak peringatan di Stadium Nasional bagi memperingati mangsa-mangsa yang terbunuh di kawasan itu, Manuel Dias, dan beberapa lainnya yang cedera.

Hollande senyap pada majlis itu yang telah diadakan di luar Stade de France dan dia tidak menjangkakan untuk membuat ucapan semasa dia merasmikan plak di tujuh buah kawasan yang diserang oleh pelampau.

Sebaliknya, anak mangsa Michael berkata yang mana bapanya adalah seorang anak kelahiran Portugis dan menegaskan bahawa “bukti integrasi adalah perlu” untuk melawan stigma yang membawa kepada beberapa belia melakukan keganasan. Ia merujuk kepada penyerang serangan yang merupakan rakyat Eropah berketurunan asing.

Hollande dan Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo juga melancarkan plak di luar bar dan restoran di kawasan kejiranan di mana lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menikmati malam Jumaat itu.

Hollande dan Datuk Bandar Saint-Denis, Didier Paillard (kanan) merasmikan plak peringatan di luar stadium Stade de France, Saint-Denis, berhampiran Paris, Perancis, kelmarin semasa majlis yang diadakan bagi mangsa serangan Paris pada tahun lepas yang menyasarkan dewan konsert Bataclan, membunuh 130 orang. – AP
Hollande dan Datuk Bandar Saint-Denis, Didier Paillard (kanan) merasmikan plak peringatan di luar stadium Stade de France, Saint-Denis, berhampiran Paris, Perancis, kelmarin semasa majlis yang diadakan bagi mangsa serangan Paris pada tahun lepas yang menyasarkan dewan konsert Bataclan, membunuh 130 orang. – AP

Upacara terakhir mengambil tempat di luar Bataclan, dewan konsert di mana 90 orang terbunuh oleh tiga penyerang semasa satu persembahan diadakan, kemuncak kepada pembunuhan beramai-ramai.

Nama-nama mereka yang terbunuh pada konsert itu telah dibacakan apabila beratus-ratus orang berkumpul di bawah langit hujan yang menyaksikannya dengan senyap.

Bintang Rock terkenal, Sting membuka semula Bataclan yang diubahsuai dengan persembahan mendalam dari segi emosi dengan kawalan keselamatan yang ketat, kelmarin.

Islamic State berkata ia telah menyerang Perancis kerana mereka telah mengebom militannya di Iraq dan Syria.

Hollande bertindak balas pada hari yang sama dengan mengatakan Perancis berada dalam “peperangan” dan jet Perancis terus melancarkan serangan udara ke atas kumpulan itu, bagi menyerang serangan Iraq untuk mengambil semula kota Mosul. – AP/AFP

ARTIKEL YANG SAMA